Wednesday 3 September 2014

Ibu yg terpinggir...salah siapa???


KISAH SEORANG IBU..

Saya terbaca satu posting di fb yg mengisahkan seorang ibu yang berumur dalam 60 lebih thn bekerja keras menjual lemang untuk menyara hidupnya. Yang paling menyentuh hati saya bila kawan saya ni beli lemangnye dan total pembelian RM42.Tapi dihulur duit RM50 sekeping.Nak di jadikan cerita mak cik dan kawan saya ni tak ada duit kecik.So si kawan pun cakap dia halalkan je baki rm8 tu…

Dan-dan pulak mak cik tu terharu dan menangis.Kawan saya terkejut la sebab tak kan sebab rm8 tu mak cik tu menangis..Rupa-rupanya mak cik tu sedih dan terharu sangat..Katanya anaknye sendiri pun belum pernah bagi duit walaupon RM8 sahaja…Inikan pula orang lain…



TAK PERNAH MERASA DUIT ANAK..


Saya yang membaca ni pun rasa terkejut..MashaAllah…Kesian mak cik nie…Yang hidup hampir 70 tahun tapi tak pernah merasa duit dari anak….kejamnya….

Semiskin atau sekaya manapun kita tanggungjawab kepada ibu bapa itu wajib…Dalam islam sangat menitik beratkan seorang ibu.Doa seorang ibu itu lebih termakbul.






SUSAH DAN PERITNYE IBU...

Tak ada ke rasa simpati pada ibu yang pernah bergelut bertarung nyawa melahirkan kita suatu ketika dulu?
Ibu yang pernah bersusah payah menjaga kita masa kecil dulu?
Ibu yang terpaksa menahan lapar dan penat demi kita?
Ibu yang terpaksa berjaga setiap malam masa kita baby demam dulu?

Allahuakbar…Kalau duit pun nak berkira dengan ibu memang tak patut sangat…Sebab ibu tak pernah berkira ngan susu ibu yg kita pernah minum dulu..Setitik susu ibu itu sangat tinggi nilainya..Tidak mampu dibayar dengan wang ringgit..
 


IBU TAK NAK BEBANKAN ANAK..


Ibu yang dok kampong tak pernah meminta duit anak-anak.Kenapa tak meminta?Sebabnya ibu tak nak menyusahkan kita..Ibu tak nak membebankan kita..Sampai ke tahap itu ibu kita fikir untuk kita…Tapi kita???Apa yang kita buat untuk ibu?


Duit pun tak bagi…Balik kampong pun tak..habis…Ape yang kita buat untuk ibu kita?Tergamaknya kita buang ibu sampai macam tu sekali…

Janganlah kita sakiti hati ibu,lukakan hati mereka.Guriskan jiwa mereka…Mereka memerlukan anak2.Anak2 yg dapat bahagiakan ibu.Anak2 soleh yg dapat doakan ibu bila ibu tiada nanti.Anak2 yg dapat mandikan jenazah ibu.Anak2 yg boleh imamkan solat jenazah ibu…Allahu akbar…Layakkah kita?



HIDUP DENGAN REDHA IBU


Kepada yang masih mempunyai ibu,peluklah mereka.Kucuplah mereka.Luahkan lah kasih saying pada mereka Hargailah mereka sementara masih mempunyai waktu…Jangan pula bila ibu dah tiada baru kita nak menyesal..Dah terlambat..!!

Tanpa doa ibu kita tak punyai apa-apa
Tanpa redha ibu kita tak kan hidup senang
Tanpa kasih ibu kita tiada di ingatannye
Tanpa suapan ibu kita tak kan membesar
Tanpa keperitan ibu kita tak berjaya
Tanpa ibu siapalah kita…



Moga kita semua mendapat rahmat Allah melalui kasih kita pada ibu bapa..In shaa Allah....



"Syurga di bawah tapak kaki ibu. Kasih ibu tidak bertepi. Kasih ibu membawa ke syurga. "

No comments:

Post a Comment